Bagi pendapat aku, hidup selepas kawen tu lagi penting. Jangan sampai berhutang keliling pinggang sampai dah ada cucu cicit semata-mata nak kawen. Tak salah nak kawen grand2 tapi biar ukur baju dibadan sendiri ok. Orang zaman sekarang ni semua nak grand2 besar2 up2 gtu sampaikan nak makan ikat perut. Haihh..
Hidup lepas kawen banyak lagi nak kena utamakan. Perempuan pun kena ingat lelaki walaupun dah jadi suami kita tetap berpoligami dia dengan keluarga dia. Yang perempuan sesakit hati mana biar kita pendam je. Yang lelaki pun jaga jugak hati isteri. Kata lautan api semua sanggup redah kuak lentang la. Apa2 masalah kongsi and setel sesama. Aib laki bini masing2 jangan canang kat sesiapa. Mulut manusia sekarang lebih dari mulut tempayan. Sekejap je leh viral.
Kenapa ntah aku nak post sal ni. Maybe aku menyampah sebab orang2 sekeliling ni jenis kalut sal hantaran. Nak tau tu tak pe la tapi sebenarnya lebih ke nak mengata je. Baik perempuan sama jugak lelaki. Dua2 sama naik. Niat tu penting. Tanya balik diri sendiri. Kenapa aku nak kawen ngn si polan ni? Mesti sebab nak hidup sampai ke jannah kan? Jadi? Fikir jawapan masing2 :)